Friday 15 April 2016

Komponen Pengecas Turbo

Terdapat lima komponen utama dalam sesebuah sistem pengecas turbo iaitu pemampat, turbin, injap "wastegate" dan injap "blow-off".

•   Pemampat - Pemampat bagi sistem turbo adalah dari jenis pemampat bilah jejari yang berfungsi memaksa udara masuk ke enjin dan memampatkannya pada tekanan tinggi. Ia disambung ke turbin melalui satu aci dan ditempatkan bersama-sama dengan turbin di dalam perumah yang sama.



•   Turbin - Seperti pemampat, turbin juga terdiri daripada jenis turbin bilah jejari yang bersambungan dengan pemampat. Ia digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri dengan kelajuan putaran sehingga setinggi lebih 120,000 rpm. Putaran turbin yang sangat tinggi ini memerlukan ia disokong oleh alas khas yang dilincirkan oleh aliran minyak pelincir yang berterusan. 
•   Injap "wastegate" - Injap ini berfungsi sebagai injap kawalan tekanan gas ekzos agar tekanan gas ekzos tidak akan menyebabkan turbin berputar terlalu tinggi sehingga merosakkan turbin itu sendiri. Pada tekanan boost yang ditetapkan, injap "wastegate" membuka satu laluan sampingan yang memintas turbin untuk mengawal putaran maksimum turbin. 

•   Injap "blow-off" - Injap ini secara ringkasnya adalah injap pelega tekanan yang melepaskan sebahagian tekanan udara termampat apabila pendikit dilepaskan agar tekanan udara masuk tidak merosakkan unit pengecas turbo kerana tiada jalan keluar. 
•   Penyejuk perantara (Intercooler) - Penyejuk perantara adalah alat penukar haba yang menyerupai radiator dan berfungsi menyejukkan udara termampat bertekanan tinggi untuk meningkatkan ketumpatannya. Walau bagaimanapun, sesetengah sistem pengecas turbo dengan tekanan boost yang rendah tidak memerlukan penyejuk perantara.

No comments:

Post a Comment