Terdapat
lima komponen utama dalam sesebuah sistem pengecas turbo iaitu
pemampat, turbin, injap "wastegate" dan injap "blow-off".
• Pemampat
- Pemampat bagi sistem turbo adalah dari jenis pemampat bilah jejari
yang berfungsi memaksa udara masuk ke enjin dan memampatkannya pada
tekanan tinggi. Ia disambung ke turbin melalui satu aci dan
ditempatkan bersama-sama dengan turbin di dalam perumah yang sama.
• Turbin
- Seperti pemampat, turbin juga terdiri daripada jenis turbin bilah
jejari yang bersambungan dengan pemampat. Ia digerakkan oleh gas
ekzos enjin itu sendiri dengan kelajuan putaran sehingga setinggi
lebih 120,000 rpm. Putaran turbin yang sangat tinggi ini memerlukan
ia disokong oleh alas khas yang dilincirkan oleh aliran minyak
pelincir yang berterusan.
• Injap
"wastegate" - Injap ini berfungsi sebagai injap kawalan
tekanan gas ekzos agar tekanan gas ekzos tidak akan menyebabkan
turbin berputar terlalu tinggi sehingga merosakkan turbin itu
sendiri. Pada tekanan boost yang ditetapkan, injap "wastegate"
membuka satu laluan sampingan yang memintas turbin untuk mengawal
putaran maksimum turbin.
• Injap
"blow-off" - Injap ini secara ringkasnya adalah injap
pelega tekanan yang melepaskan sebahagian tekanan udara termampat
apabila pendikit dilepaskan agar tekanan udara masuk tidak merosakkan
unit pengecas turbo kerana tiada jalan keluar.
• Penyejuk
perantara (Intercooler) - Penyejuk perantara adalah alat penukar haba
yang menyerupai radiator dan berfungsi menyejukkan udara termampat
bertekanan tinggi untuk meningkatkan ketumpatannya. Walau
bagaimanapun, sesetengah sistem pengecas turbo dengan tekanan boost
yang rendah tidak memerlukan penyejuk perantara.
No comments:
Post a Comment