Sunday, 28 July 2019

PENYUNTIK BAHANAPI (INJECTOR) LEBIH BESAR, KERETA LEBIH POWER? BETUL KE NI….




Seringkali kita mendengar cerita/mitos dengan menukar Fuel Injector yang lebih besar CC nya kenderaan akan lebih laju, lebih power, lebih sedap dan terlebih segalanya. Jadi, disini saya akan merungkai mitos tentang Fuel Injector ni.
Fuel Injector, Will It Give You More Horsepower?
 
Tidak ! Tidak Tuan-Tuan sekalian. Fuel Injector tidak akan menambah bilangan horsepower kenderaan. Ianya tidak dicipta untuk menambah kuasa kuda tetapi untuk MENYOKONG penambahan horsepower. Ingat ye, MENYOKONG, bukan menambah.
 
Fuel Injector yang besar CC nya hanya diperlukan bila enjin sudah mencapai/melebihi tahap kuasa yang dapat ditampung oleh unit Fuel Injector asal.
 
Kebanyakan Fuel Injector spesifikasi kilang (stock injector) Duty Cycle nya adalah pada 80% . Bermakna, unit Fuel Injector memberikan 80% keupayaannya untuk bekerja dengan talaan spesifikasi kilang (stock map).
 
Namun contohnya apabila “Aftermarket Parts (Intake Kit)” dipasang dan enjin menerima lebihan udara, unit Injector berupaya mengerah 20% lagi lebihan keupayaannya dan menjadikan Duty Cycle Injector menjadi 100% pada keadaan dan masa tertentu.
Bila tu? Jika enjin bekerja pada puncak kuasanya (peak horsepower). Ingat ye Tuan-Tuan, Injector Duty Cycle adalah bahagian kritikal dalam menentukan sama ada enjin memerlukan Aftermarket Injector atau tidak.
 
Kalau Supercharge? Turbo? NOS?
 
Jika modifikasi melibatkan penukaran/penambahan unit “Force Induction“. Unit Injector yang lebih besar kapasitinya diperlukan untuk MENYOKONG kuasa output yang dapat dihamburkan oleh enjin. Ini kerana Stock Injector tidak dapat memberikan lebih bahan bakar dan enjin akan bekerja dengan Lean. Bahaya!
 
Nak Pakai Injector Apa?
 
Sebenarnya ada perkiraan matematik bagi memilih unit Injector yang betul. Ini kerana enjin memerlukan kadar bahan bakar tertentu (kebiasaannya diukur dalam unit “LB/HR”) dimana ianya ditentukan dari Brake Specific Fuel Consumption(BSFC).
 
Perkiraannya ?
 
Jangan gusar, sekarang zaman moden. Dunia di hujung jari. Boleh rujuk di laman sesawang pembuat High Performance Injector seperti Injector Dynamic dan DW.
Untuk apa? Mereka menyediakan beberapa unit kalkulator seperti Fuel Injector Calculator, Fuel Pump Calculator, Flow vs Pressure Calculator dan Flow Rates Conversion. Di laman sesawang Injector Dynamic contohnya dengan selamba menghentam penggunaan BSFC dalam perkiraan sudah tidak lagi relevan. Fuhh bongkak. HAHA.
 
Senang dah kerja kita Tuan-Tuan. Jadi dengan perkiraan yang betul, kita dapat memilih unit Injector yang bersesuaian dengan keupayaan enjin kita. Tak semestinya besar itu lebih bagus ye. Kalau macam tu pihak pengeluar takde lah susah-susah mengeluarkan pelbagai range injector (contohnya : 500cc,850cc,1000cc).
 
TUNING / PENALAAN
 
Jika sudah menukar unit Injector yang lebih besar, penalaan/tuning hendaklah dilakukan bagi mengubah commandpada unit Injector. Ini kerana Injector merupakan unit Actuator yang bekerja dengan arahan dari ECU. Jadi bila tuning tidak dilakukan, Combustion Chamber hanya akan penuh dengan bahan bakar yang meleleh sahaja.
Senang cerita, tukar Injector tanpa tuning, no point.
 
Kesimpulannya, jika mahu lebih kuasa, banyak barang yang perlu ditukar dan Fuel Injector termasuk sekali di dalam pakej tersebut. Diakhiri pula dengan proses talaan. Bukan sekadar tukar unit Fuel Injector semata-mata.
Fuel Injector merupakan salah satu komponen di dalam Fuel Delivery System yang merangkumi Fuel Pump, Fuel Regulator, Fuel Rail dan lain-lain.
 
Untuk artikel yang akan datang, saya akan kupas pula mengenai Fuel Pump. Kita belajar sama-sama. InsyaAllah 🙂
 
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd



No comments:

Post a Comment