Bagi
kebanyakan orang perkataan "Turbo" telah menjadi sinonim
dengan kelajuan dan kuasa. Bagi kebanyakan jenama dan model, Kereta
yang memang sudah mempunyai enjin asal yang dikuasakan dengan
pengecas turbo mempunyai nisbah kuasa yang terbaik dengan nisbah
berat badan.Bagaimana pula dengan kereta yang enjin tidak dilengkapi
dengan pengecas turbo? Jalan terbaik ialah menggantikan enjin asal
kepada enjin halfcut yang sudah sedia dengan pengecas turbo.Tapi
bukan semua model kereta mempunyai pilihan untuk menukar enjin
halfcut.Modal untuk menukar enjin mungkin menelan belanja tinggi
sedangkan kuasa yang diinginkan cuma sekadar kebolehan untuk memotong
dan keluar dari simpang dengan lebih baik sahaja.Pilihan lain adalah
dengan hanya menambah turbo untuk enjin yang sedia ada atau lebih
dikenali dengan 'Bolt On Turbo'. Ia mengambil masa dan pengetahuan
khusus tetapi ia adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan
kuasa mana-mana enjin kereta dengan lebih kos efektif.
Pada lain entri, KS akan membincangkan tentang bolt on turbo dengan lebih lengkap dan kelengkapan atau komponen yang diperlukan untuk menjadikan projek Bolt On Turbo berjaya.
Contoh Enjin yang telah di Bolt On Turbo
No comments:
Post a Comment