Thursday, 14 April 2016

Bagaimana Turbo Berfungsi

Sebuah pengecas turbo merupakan daripada satu kipas pemampat kecil yang digerakkan oleh gas ekzos enjin. Sebuah pengecas turbo terdiri daripada satu turbin dan satu pemampat pada aci yang sama. Turbin menukarkan gas ekzos kepada daya putaran, yang seterusnya menggerakkan pemampat. Pemampat menarik masuk udara dan mengepamnya ke rongga masukan pada tekanan yang lebih tinggi, menghasilkan lebih banyak jisim udara yang memasuki enjin pada setiap lejang masukan.

Objektif pengecas turbo adalah sama seperti pengecas lampau; iaitu untuk meningkatkan kecekapan volumetrik enjin dengan menyelesaikan had kardinalnya. Sesebuah enjin pernafasan biasa hanya menggunakan gerakan lejang omboh ke bawah untuk menghasilkan kawasan tekanan rendah untuk menarik udara masuk ke silinder melalui injap masukan. Oleh kerana tekanan atmosfera adalah tidak melebihi 1 atm (lebih kurang 101.3 kPa), sudah tentulah terdapat had perbezaan tekanan merentasi injap masukan dan seterusnya jumlah udara masuk ke kebuk pembakaran. Oleh kerana pengecas turbo meningkatkan tekanan udara masuk ke silinder, maka lebih banyak udara (oksigen) akan dipaksa masuk ke silinder apabila tekanan rongga masukan meningkan. Aliran udara tambahan ini membolehkan enjin untuk mengekalkan tekanan kebuk pembakaran dengan beban udara/bahan api walaupun pada kelajuan enjin yang tinggi, meningkatkan keluaran kuasa kuda serta kilasan enjin.

Oleh kerana tekanan udara tidak boleh naik terlalu tinggi untuk mengelakkan ketukan enjin serta kerosakan fizikal yang lain, tekanan udara masuk mestilah dikawal dengan mengawal kelajuan putaran pengecas turbo. Fungsi tersebut dilakukan oleh wastegate, yang mengalirkan sebahagian gas ekzos memintasi turbin ekzos. Ia mengawal kelajuan aci dan mengawal tekanan udara pada rongga masukan.

SEJARAH

Pengecas turbo dicipta oleh seorang jurutera Switzerland bernama Alfred Büchi. Beliau memohon paten untuk pengecas turbo ciptaannya pada tahun 1905.[1] Kapal dan lokomotif diesel dengan pengecas turbo mula dikeluarkan pada sekitar tahun 1920an.







No comments:

Post a Comment