Adjustable Fuel Regulator atau AFR ni secara ringkasnya berfungsi untuk mengubah tekanan minyak yang masuk ke dalam enjin untuk memastikan minyak masuk secara berpatutan dan sesuai dengan kehendak enjin. Apabila enjin telah diubahsuai berbeza dan lebih berkuasa dari enjin stok asal. Keperluan minyak pun makin bertambah, jadi dengan adanya Adjustable Fuel Regulator kita boleh menambah tekanan supaya pengaliran minyak lebih kuat apabila pendikit minyak (paddle minyak) ditekan.Berbagai jenis AFR berada dipasaran ketika ini.Ada yang asli dan ada yg replika dari Taiwan.Pemasangan jugak berbeza mengikut jenis enjin.Jadi sila rujuk mekanik berpengalaman untuk membuat pemasangan.Jika anda mahu DIY,tidak salah.Tapi sebarang pemasangan yang tidak betul boleh menimbulkan banyak komplikasi kepada enjin dan belanja sudah tentulah makin banyak untuk membaiki dari belanja memasang di mekanik yang berpengalaman.MAKAN MODAI!!!
Showing posts with label Bolt On Turbo. Show all posts
Showing posts with label Bolt On Turbo. Show all posts
Monday, 1 August 2016
Monday, 25 July 2016
Fungsi Oil Catch Tank
Post kali ini KS nak bercerita tentang fungsi Oil Catch Tank.Satu tangki kecil yang dipasang dalam ruang enjin kenderaan dengan tujuan untuk memerangkap wap minyak hitam.Jika dibiarkan wap minyak hitam ini boleh mengakibatkan kekotoran pada throttle body dan prestasi enjin jadi menurun dan kemungkinan penggunaan minyak kereta akan menjadi lebih.Pelbagai jenis dan saiz ada dipasaran.Pemilihan bergantung kepada ruang enjin kereta anda juga.
Wednesday, 13 April 2016
Bolt On Turbo (Permulaan)
Bagi
kebanyakan orang perkataan "Turbo" telah menjadi sinonim
dengan kelajuan dan kuasa. Bagi kebanyakan jenama dan model, Kereta
yang memang sudah mempunyai enjin asal yang dikuasakan dengan
pengecas turbo mempunyai nisbah kuasa yang terbaik dengan nisbah
berat badan.Bagaimana pula dengan kereta yang enjin tidak dilengkapi
dengan pengecas turbo? Jalan terbaik ialah menggantikan enjin asal
kepada enjin halfcut yang sudah sedia dengan pengecas turbo.Tapi
bukan semua model kereta mempunyai pilihan untuk menukar enjin
halfcut.Modal untuk menukar enjin mungkin menelan belanja tinggi
sedangkan kuasa yang diinginkan cuma sekadar kebolehan untuk memotong
dan keluar dari simpang dengan lebih baik sahaja.Pilihan lain adalah
dengan hanya menambah turbo untuk enjin yang sedia ada atau lebih
dikenali dengan 'Bolt On Turbo'. Ia mengambil masa dan pengetahuan
khusus tetapi ia adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan
kuasa mana-mana enjin kereta dengan lebih kos efektif.
Pada lain entri, KS akan membincangkan tentang bolt on turbo dengan lebih lengkap dan kelengkapan atau komponen yang diperlukan untuk menjadikan projek Bolt On Turbo berjaya.
Contoh Enjin yang telah di Bolt On Turbo
Subscribe to:
Posts (Atom)
