Wednesday, 17 August 2016

Camshaft





Jika ditanya apa yang membuat valve engine dapat terbuka dan tertutup maka jawabannya camshaft. Camshaft adalah peralatan yang digunakan pada engineberpiston guna mengatur bukaan valve. Terdiri dari batang silindrikal melintang sepanjang cam dari setiap valve berada. Valve akan terbuka karena dorongan camatau dengan mekanisme tertentu lainnya.
Timing
Hal yang penting dalam hal ini sebenarnya adalah korelasi gerak rotasi camshaftsdengan gerak rotasi crankshaftValve penting untuk mengatur masukan campuran fluida baik ketika intake atau exhaust sehingga harus membuka dan menutup di saat yang tepat saat piston bergerak. Untuk alasan ini, camshaft dan crankshaftdihubungkan baik dengan mekanisme roda gigi, sabuk (timing belt)atau rantai (timing chain). Pada desain-desain kendaraan tertentu, camshaft juga berperan dalam distribusi dan pompa oli mesin dan bahan bakar. Pada suatu sistem injeksi bahan bakar baru-baru ini, cams berperan juga pada fuel injector.
Pada two stroke engine, tiap valve terbuka setiap rotasi crankshaftCamshaft berotasi dengan kecepatan yang sama dengan crankshaft. Sedangkan pada four stroke enginevalve terbuka dua kali setiap dua kali putaran crankshaft, satu kali pada saatintake dan yang lain saat exhaust. Dua rotasi penuh crankshaft untuk tiap putarancamshaft.
Letak Camshaft
Letak camshaft tergantung dari pengoperasiannya terhadap valve, secara langsung atau menggunakan mekanisme tambahan seperti batang pendorong dan rockers. Pada model operasi langsung membuka valvecamshaft berada di posisi atas dari silinder pembakaran. Pada gasoline engine saat ini, banyak digunakan sistemoverhead cam. Beberapa engine menggunakan satu camshaft yang dihubungkan dan untuk menggerakkan intake valve dan exhaust valve, yang sering kita sebut SOHC (Single Overhead Cam). Sedang beberapa engine yang lain menggunakan duacamshaft, satu dihubungkan ke intakevalve dan yang lain ke exhaust valve, yang kita sebut DOHC (Dual Overhead Cam).


Mekanisme
Lobe atau bagian yang menonjol dari camshaft memegang peranan penting dalam membuka dan menutupnya valve. Seiring pergerakan camshaftlobe akan membuka dan menutup valve sesuai dengan pergerakan piston pada mekanisme intake danexhaust yang diperlukan.
Mesin four stroke cycle. Pada keadaan “titik mati atas”, intake valve akan mulai membuka seiring keadaan piston yang bergerak ke bawah. Kemudian intake valvemenutup saat piston sudah mencapai posisi paling bawah. Piston kembali bergerak ke atas dan terjadi “pematikan” yang membuat piston terdorong ke bawah. Pada “titik mati bawah” ini, exhaust valve mulai membuka seiring pergerakan piston ke atas dan menutup saat piston sudah kembali ke posisinya yang paling atas. Mekanisme inilah yang harus diatasi oleh pergerakan camshaft yang disesuaikan dengan rotasicrankshaft.
Semakin cepat mesin bekerja, semakin cepat pergerakan aliran fluida bahan bakar sedangkan kita menginginkan bahan bakar yang dimasukan ke dalam ruang pembakaran tetap banyak. Hal ini memerlukan waktu buka intake valve yang lebih lama. Untuk itu, kita memerlukan parameter valve lift atau angkatan katup dengan mendesain profil lobe pada camshaft.



Monday, 1 August 2016

Fungsi Adjustable Fuel Regulator

Adjustable Fuel Regulator atau AFR ni secara ringkasnya berfungsi untuk mengubah tekanan minyak yang masuk ke dalam enjin untuk memastikan minyak masuk secara berpatutan dan sesuai dengan kehendak enjin. Apabila enjin telah diubahsuai berbeza dan lebih berkuasa dari enjin stok asal. Keperluan minyak pun makin bertambah, jadi dengan adanya Adjustable Fuel Regulator kita boleh menambah tekanan supaya pengaliran minyak lebih kuat apabila pendikit minyak (paddle minyak) ditekan.Berbagai jenis AFR berada dipasaran ketika ini.Ada yang asli dan ada yg replika dari Taiwan.Pemasangan jugak berbeza mengikut jenis enjin.Jadi sila rujuk mekanik berpengalaman untuk membuat pemasangan.Jika anda mahu DIY,tidak salah.Tapi sebarang pemasangan yang tidak betul boleh menimbulkan banyak komplikasi kepada enjin dan belanja sudah tentulah makin banyak untuk membaiki dari belanja memasang di mekanik yang berpengalaman.MAKAN MODAI!!!


Monday, 25 July 2016

Fungsi Oil Catch Tank

Post kali ini KS nak bercerita tentang fungsi Oil Catch Tank.Satu tangki kecil yang dipasang dalam ruang enjin kenderaan dengan tujuan untuk memerangkap wap minyak hitam.Jika dibiarkan wap minyak hitam ini boleh mengakibatkan kekotoran pada throttle body dan prestasi enjin jadi menurun dan kemungkinan penggunaan minyak kereta akan menjadi lebih.Pelbagai jenis dan saiz ada dipasaran.Pemilihan bergantung kepada ruang enjin kereta anda juga.



Wednesday, 20 April 2016

Fungsi Pemasa Turbo @ Turbo Timer

Turbo Timer ialah aksesori berprestasi yang paling efektif untuk menjaga perjalanan sistem enjin NA atau turbo kereta.Fungsi asas turbo timer adalah untuk membenar enjin terus hidup pada masa tertentu yg telah ditetapkanselepas suis enjin dimatikan.Terdapat juga model turbo timer tertentu yang ada ciri tambahan sebagai volt meter, boost meter dan berbagai lagi.

Tujuannya ialah untuk membenarkan minyak pelincir yang sedang dikitar di dalam enjin yang mengeluarkan haba yang berlebihan akibat perjalanan kita sebelum ini disejukkan untuk mengelak masalah kepanasan melampau.Jika cara pemanduan kita agak ekstrem,kemungkinan besar minyak pelincir akan jadi seperti digoreng dan menukarkannya menjadi bahan kotoran.

Tuesday, 19 April 2016

Pemasaan injap boleh laras @ Valve Variable Timing (VVT)

Pemasaan injap boleh laras, atau VVT, adalah istilah umum bagi satu teknologi sistem injap enjin kenderaan. VVT membolehkan bukaan atau tempoh atau pemasaan (salah satu atau gabungan) bagi injap masukan atau ekzos (atau kedua-duanya sekali) diubah semasa enjin beroperasi. Kesan yang sama juga boleh didapati pada enjin dua lejangyang menggunakan injap kuasa.
Sepintas Lalu VVT

Enjin omboh biasanya injap bagi mengawal bukaan salur masukan dan ekzos. Kedua-dua injap dikawal bukaannya oleh sesondol pada aci sesondol. Sesondol membuka injap (bukaan) pada selang masa tertentu (tempoh) semasa kitar masukan dan ekzos. Pemasaan bagi bukaan dan tutupan injap juga penting. Aci sesondol digerakkan oleh aci engkol melalui tali sawat, gear ataupun rantai pemasaan.
Profil, ataupun kedudukan dan bentuk sesondol pada aci, dioptimumkan bagi selang rpm tertentu, maka ia mungkin mengehadkan kekuatan tork rpm rendah ataupun kuasa kuda pada rpm tinggi. VVT membolehkan profil sesondol ditukar bagi meningkatkan kecekapan dan kuasa.
Pada kelajuan enjin yang tinggi, enjin memerlukan lebih banyak udara. Walau bagaimanapun, injap masukan tertutup dengan cepat sebelum sempat sejumlah udara yang diperlukan dapat masuk, mengurangkan prestasi.
Sementara itu pula, jika sesondol membuka injap pada masa yang lama sebagaimana sesondol perlumbaan, masalah mungkin timbul pada rpm rendah. Ia menyebabkan bahan api tak terbakar dilepaskan oleh enjin memandangkan injap masih terbuka. Ia membawa kepada prestasi enjin lebih rendah serta pencemaran gas ekzos lebih tinggi. Disebabkan inilah enjin perlumbaan tulen tidak boleh mempunyai kelajuan melahu yang rendah (sekitar 800 rpm pada enjin kereta biasa) tetapi kelajuan melahu setinggi 2000 rpm adalah lumrah.
Tekanan bagi memenuhi keperluan alam sekitar serta piawaian kecekapan bahan api memaksa pengeluar kereta untuk menggunakan VVT sebagai penyelesaian. Kebanyak sistem VVT yang mudah (seperti Mazda S-VT) mendahulukan atau melengahkan pemasaan injap masukan atau ekzos. Sistem lain (seperti Honda VTEC) menukar antara 2 set sesondol pada rpm tertentu. Terdapat beberapa sistem (seperti BMW Valvetronic) boleh melaras pemasaan dan bukaan injap secara berterusan, dipanggil Pemasaan Injap Boleh Laras Berterusan or CVVT.

Sistem pemasaan injap boleh laras @ VVT yang popular

  • BMW -- VANOS, Double VANOS, Valvetronic
Image result for vtec
Image result for vvti engine


Monday, 18 April 2016

HONDA & Enjin VTEC

VTEC (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control) ialah sistem yang dibangunkan oleh Honda untuk meningkatkan kecekapan isipadu pembakaran dalaman enjin 4 lejang (Aspek ekonomi yang lebih baik). Sistem VTEC menggunakan dua profil camshaft. Dicipta oleh jurutera Honda Ikuo Kajitani. Ia adalah jelas berbeza dari VVT standard ( injap boleh ubah masa ) mendahulukan pemasaan injap sahaja dan tidak menukar profil sesondol atau valve dalam apa jua cara .

VTEC konvensional (SOHC dan DOHC)



Sistem VTEC yang paling asas ialah DOHC VTEC. Di dalam sistem ini, sistem VTEC mengawal pemasaan dan bukaan bagi kedua-dua injap masukan dan injap ekzos. Setiap aci sesondol mempunyai 2 sesondol bagi setiap silinder - sesondol bukaan kecil dan sesondol bukaan besar. Semasa kelajuan rendah, sesondol bukaan kecil digunakan secara lalai bagi penjimatan minyak. Semasa kelajuan tinggi, solenoid elektronik membuka laluan minyak ke pin pengunci sesondol bukaan besar dan tekanan minyak mengunci pin sesondol bukaan besar. Akibatnya, sesondol bukaan besar digunakan untuk kuasa maksimum. Apabila kelajuan enjin kembali menurun, solenoid tersebut dimatikan dan pin pengunci dilepaskan, menyebabkan sesondol bukaan kecil digunakan kembali.

Bagi SOHC VTEC, mekanisme yang digunakan adalah sama tetapi aci sesondol tunggal tersebut hanya boleh mengawal pemasaan dan bukaan injap masukan sahaja.
Image result for dohc vtec          

VTEC-E



VTEC-E berfungsi dengan cara yang berbeza; jika VTEC konvensional digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin, VTEC-E pula direka bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Di dalam sistem VTEC-E, hanya satu sahaja injap masukan yang dibuka secara lalai pada kelajuan rendah bagi penjimatan bahan api yang maksimum. Pada kelajuan tinggi, tekanan minyak menolak pin mengunci yang mengunci injap masukan kedua, membolehkan kedua-dua injap masukan digunakan.


VTEC 3 Peringkat


VTEC 3 Peringkat menggabungkan kedua-dua teknologi VTEC-E dan VTEC konvensional. Pada kelajuan rendah, hanya 1 injap masukan sahaja dibuka secara lalai. Pin pengunci pertama mengunci injap masukan kedua semasa kelajuan enjin sederhana manakala pin pengunci kedua digerakkan untuk membolehkan sesondol bukaan besar digunakan pada kelajuan tinggi. Dengan ini, enjin yang menggunakan VTEC 3 Peringkat dapat memanfaatkan kedua-dua penjimatan minyak dan peningkatan kuasa enjin.

i-VTEC


i-VTEC menggabungkan teknologi pemfasaan sesondol yang digunakan oleh sistem pemasaan injap boleh laras yang lain dengan teknologi VTEC sedia ada bagi mengurangkan "kejutan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi.